Pages - Menu

Showing posts with label jawatankuasa teman UMK. Show all posts
Showing posts with label jawatankuasa teman UMK. Show all posts

Wednesday, 21 October 2015

Mari Mengundi!


Tarikh : 21/10/15 (Rabu)
Masa : 9am - 5pm
Tempat :
i)Dewan Keusahawanan ( Kampus Kota)
ii)Dewan Serbaguna ( Kampus Jeli)

Sila bawa kad pengenalan dan kad matrik bersama.

Tanggungjawab kita untuk mengundi.
Semoga dipermudahkan segala urusan.

#peduliprk
#pedulipmpp
#letsbringshinetogether

Tuesday, 13 October 2015

Konsep Asas Jamak dan Qasar

Assalamualaikum w.b.t,

Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM. 

Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir. 

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah. 

Syarat Jamak Taqdim
  1. Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
  2. Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
  3. Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
  4. Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
  5. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
  1. Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
  2. Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Qasar
  1. Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  2. Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah yakni lebih kurang 90 km.
  3. Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
  4. Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
  5. Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
  6. Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  7. Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Niat Solat Jamak dan Qasar

Jamak Taqdim dan Qasar

[Zuhur-Asar]

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

[Maghrib-Isyak]

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.


Jamak Takhir dan Qasar

[Asar-Zuhur]

أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.


[Isyak-Maghrib]

أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.

أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar


Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.

Monday, 12 October 2015

Istiqamahkah kita?

Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Hai Rasulullah,ajarlah kepadaku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertnya seseorang pun selainmu",Sabdanya : iaitu aku beriman kepada Allah dan istiqomah. 

Assalamualaikum w.b.t, 

      Persoalan sekarang, benarkah diri kita ini istiqomah dalam perjuangan agama Allah.Menurut Syeikh Uthaimin dalam syarah Riyadh al-Salihin berkata : istiqomah ialah seseorang itu thabit mengikut syariat Allah s.w.t sebagaimana suruhan Allah dan di dahului dengan ikhlas kepada Allah s.w.t. Walaupun kita disuruh beristiqomah sekadar kemampuan kita tetapi kita mestilah berusaha supaya ia membetulkan dengan kebenaran.  

         Pada hari ini, bidang dakwah yang menjadi kewajipan kita sebagai muslim kembali disahut dan diberi perhatian oleh golongan muda atau lebih dikenali sebagai mahasiswa. Sepanjang berorganisasi dalam kelompok mahasiswa di universiti,kadang-kala dalam diri kita merasai bahawa kita sudah beristiqomah kepada Allah s.wt dengan melakukan pelbagai kerja dalam dakwah berorganisasi. Perasaan ini sebenarnya membuka ruang diri kearah hancurnya istiqomah itu sendiri.

         Kita perlu selami semula apakah maksud istiqomah,sebahagian ulama menyebut istiqomah dengan makna Thabit atau tetap tanpa gundah-gulana dan luntur semangat. Contoh terdekat yang mampu saya katakan ialah semut yang tidak pernah berhenti bekerja untuk terus kehidupan mereka.Ketika mengambil gula di dalam botol meskipun kita halau dan usir namun ia tidak lari sebelum mendapat gula tersebut. Dengan susah payah akhirnya mereka mendapat gula tersebut yang lebih besar biar pun mereka cuba beberapa kali. Sedarkah kita...semut tidak mempunyai akal namun ia tetap berjaya dalam kerjanya..apatah lagi kita yang berakal penuh dengan strategik yang mampu dilakukan.

         Allah mencipta binatang dan alam bukan sekadar untuk dilihat namun untuk kita berfikir dengan pandangan kesyukuran terhadapat kehidupan ini. Semoga segala pekerjaan kita mampu memberi kekuatan dan istilah istiqomah itu mampu diterjemah.... Allah menyukai pekerjaan yang sedikit namun berterusan dan Allah sangat tidak mnyukai suatu pekerjaan yang dilakukan sekali banyak namun hanya seketika..... Fikirlah wahai pendakwah muda.....pastikan Islam terus mara...wasalam 

 Rujukan buku Himpunan hadis modal insan karangan dr Zulkifli Mohammad al-Bakri.

Sunday, 11 October 2015

Buruk Sangka

Assalamualaiukum w.b.t,

            Ukhwah Islamiah sgt menyeronokkan. Semangat memperjuangkan Islam yang menjadi agenda utama jemaah kadang-kadang melupakan kita dengan tindakan yang dilakukan. Istilah berburuk sangka merupakan salah satu penyakit hati yang harus kita hindari sbagai pendakwah yang menjunjung agama islam..Jika istilah yang lebih kasar, boleh dikatakan dengan perkataan "Tikam belakang"...bila dihadapan berpelukan menyatakan rasa sayang dihati pada persaudaraan namun kadang-kadang dalam kelalaian dan keghairahan berorganisasi, pasti akan timbul prasaan buruk sgka yang menyebabkan berlakunya seperti peribahasa melayu ialah "ckp2 belakang" yg secara tidak langsung merosakkan jemaah itu sendiri....Jika masalah dalam jemaah berlaku,pastinya terdapat cara yang baik untuk kita selesaikan serta sampaikan ketidakpuasan hati dengan saluran dan cara yang sepatutnya contohnya, berbincang dan bukannya melakukan tindakan  dengan memburukkan individu mahupun jemaah.

             Satu wasiat drpd Sahabat baginda Ali R.A :

 "Jika kamu menceritakan sesuatu keburukan mengenai saudara kamu dan ia benar, maka anda telah membuka keaibannya dan jika ia salah, anda telah melakukan fitnah".

            Wahai pendakwah sekalian, Apakah yg anda fikirkan? Adakah kita benar2 ikhlas dlm kerja jemaah?? Oleh itu saudaraku, Penulis membawa 1 firman Allah SWT sebagai renungan,
     
   Firman Allah SWT :

 "Wahai Orang-orang yang beriman, jauhilahbanyak berprasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan jgnlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain"
                                                                                   ( Al-Hujuraat :12)

             Sekadar tulisan ringkas yg menjadi renungan kita sebagai insan-insan yg diamanahkan oleh Allah SWT untuk terus memartabatkan agama Islam di muka bumi Allah SWT....semoga yg baik dpt kita ambil, yg buruk kita teladani......

 "Biar Islam Jadi Sanjungan, Ilmu Jadi penyuluh Kehidupan"

Monday, 30 March 2015

Adab Menguap



Assalamualaikum w.b.t, 

Terdapat satu hadis yang maksudnya:

“Bersin itu daripada Allah, manakala menguap itu dari Syaitan. Sekiranya salah seorang daripada kamu menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya dan jika ia mengeluarkan bunyi "aahh... aahhh..." maka syaitan ketawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Kitab al-Adab, 9/402, no. 2670. Beliau berkata: Hadis ini Hasan sahih)

Antara adab menguap :

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap 

Bukan tidak boleh menguap, tetapi jgn lah mengeluarkan bunyi2an.. tetapi ucapkanlah Istighfar selepas menguap dan sedaya upaya menutup mulut dengan tangan ketika menguap.. supaya kita tidak menjadi kawan Syaitan, yg menghiburkan Syaitan. Sukakah kita bila Syaitan seronok?? 

#Letsbringshinetogether
#MahasiswaCintaRasul
#MCR
#JT
#JawatankuasaTeman
#WeLOVERasulullah

Friday, 27 March 2015

Wednesday, 25 March 2015

Adab Berpakaian

Assalamualaikum w.b.t,


Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.


ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu: 

1. Menutup aurat.

2. Tidak menampakkan tubuh
    - PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat.

3. Pakaian tidak ketat.
   - TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak.

5. Lelaki, wanita berbeza.
  - MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya.

6. Larangan pakai sutera
  -ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera.

7.Mulakan sebelah kanan ketika memakai pakaian

8. Berdoa ketika memakai pakaian, sekurang2nya membaca Bismillah.

Nak tahu lebih lanjut lagi tentang berpakaian ni guys? Sila tonton video dibawah,


Sumber video : Fattabiouni, CH 114 Astro, dan CH 834 HyppTV.






Friday, 20 March 2015

Tidak Membazir ketika Berwudhu'

Assalamualaikum w.b.t,


Assalamualaikum w.b.t,

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah melintasi Saad yang sedang berwudhu, lalu

Baginda bertanya:
 “Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?”
Saad bertanya: 
“Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?”
 Baginda menjawab:
 “Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir.”

(Hadis Riwayat Ahmad r.a.) .

Ulasan Hadis:

Melalui hadis ini, jelas kepada kita bahawa Rasulullah melarang daripada melakukan pembaziran ketika berwudhuk. Bagaimana pembaziran yang dimaksudkan di dalam berwuduk? Kebanyakan daripada kita selalu buka pili besar2 sehingga air keluar dengan laju dan deras ketika ambil wuduk, sampaikan basah pakaian. Sepatutnya kita hendaklah mengelakkan pembaziran. Buka air perlahan ketika mengambil wuduk dan insyaALLAH boleh sempurna. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan! . Amalan membazir ini telah dinyatakan dalam Al-Quran dan amat dilarang Allah SWT hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan.

 Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”
(Surah al-Isra’, ayat 27).

Sebenarnya kerana kejahilan, kita tidak rasa kita sedang melakukan dosa. Orang yang membazir termasuk melakukan dosa dan ia sudah pasti menjejaskan tumpuan dan khusyuk ketika solat. Kerana solat yang khusyuk itu bermula daripada keadaan wuduk yang dilakukan dengan baik dan sempurna. . Wudhuk sebenarnya untuk membersihkan rohani serta jasmani tetapi jika ketika membersih dalam masa yang sama ‘mengotorkan’ dengan amalan pembaziran dibimbangi akan mengganggu kualiti solat. Kemungkinan antara penyebab kita solat tetapi masih lagi tidak berubah kepada kebaikan adalah kerana perbuatan membazir ini. . Sebagaimana yang kita sedia maklum Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan yang berkaitan dengan penggunaan air, perbelanjaan harta, pengurusan masa dan penggunaan tenaga. Perbuatan membazir adalah tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak. Secara tidak langsung kita telah menggunakan rezeki yang datang daripada Allah SWT ini secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepatutnya.

Rasulullah SAW bersabda:

 “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).

Justeru, kita hendaklah memerhatikan setiap perbuatan kita, jangan sampai perkara pahala bertukar menjadi haram disebabkan kelalaian kita terhadap urusan agama.

(Dipetik dari blog Shafiqolbu)

Kami amat bersetuju dengan tulisan daripada saudara Shafiqolbu yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis ini. Dengan mengawal pembaziran air ketika berwudhu' juga, ia dapat melatih kita untuk menjadi orang yang sabar. Hmm, macam mana tu? Kami biarkan pengalaman anda sahaja yang  menjawabnya.

Lets bring shine together.

Thursday, 19 March 2015

Faedah Istighfar

Assalamualaikum w.b.t,

Tidak sukar sahabat-sahabatku sekalian untuk melafazkan dan mempraktikkan ucapan ini, bahkan Allah telah menjanjikan pelbagai kelebihan apabila hamba-hambaNya ber'Istighfar' sebagai mana firman Allah swt :

"Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”  


(QS.al-Anfal: 33).

Begitu juga juga dengan Hadits daripada Baginda Rasulullah saw yang bermaksud :

”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”


(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
Nak tau lebih lanjut lagi kelebihan Istighfar, kami amat sarankan untuk tonton video dibawah,



Monday, 16 March 2015

Adab Berwudhu'

Assalamualaikum w.b.t, 

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki,” 

(Q.S. Al-Maidah:6)

“Barang siapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya, maka akan keluarlah dosa-dosa dari badannya, sampai-sampai ia akan keluar dari bawah kuku-kukunya.” 


(HR. Muslim dalam Kitab at-Thaharah)

Cara Berwudhu' mengikut tertib, suka untuk kami kongsikan video di bawah :





Sumber video daripada Fattabiouni, TV Alhijrah, CH 114 (Astro) dan CH 834 (HyppTV)

Thursday, 12 March 2015

Solat Berjemaah Di Masjid Adalah Lebih Baik



Assalamualaikum w.b.t, 

Kita sukar sekali meluangkan waktu beberapa minit saja untuk melangkahkan kaki ke masjid padahal melangkahkan kaki ke masjid satu langkahnya menghapus dosa dan langkah lainnya mengangkat darjat.

"Tidaklah seseorang bersuci lalu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya kemudian dia berangkat menuju ke salah satu masjid melainkan Allah telah menetapkan baginya kebaikan bagi setiap langkah yang diayunkannya, dengannya Dia akan meninggikan dirinya satu derajat, serta menghapuskan darinya satu kesalahan..." 

- HR. Muslim

مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلاَةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلاَةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلاَّهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَع

الْجَمَاعَةِ أَوْ فِى الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ. )صحيح مسلم، الطهارة)

Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjemaah atau dalam masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.

Maksud dosa-dosa di sini adalah dosa kecil kerana dosa besar memerlukan kepada taubat atau keampunan dari Allah.

#JomKeMasjid
#MahasiswaCintaRasul
#MahasiswaCintaMasjid

Wednesday, 11 March 2015

Sunnah Menyimpan Janggut


Pelihara janggut adalah sunnah Rasulullah SAW - dapat pahala kalau pelihara janggut dan cukur/nipiskan misai - insyaAllah dapat pahala 24 jam sehari, setiap hari, 7 hari seminggu, sampai ajal..selagi janggut masih ada.. 

Banyak kelebihan sekiranya menyimpan janggut antara salah satunya adalah melindungi kulit dan mengurangkan kedutan akibat penuaan

Tuesday, 10 March 2015

Sunnah Memberi Salam



Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru Radhiyallahu Anhu, ia menceritakan, 

”Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, ‘Apa ciri keislaman seseorang yang paling baik?’Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menjawab, ‘Kamu memberikan makanan (kepada orang yang memerlukan) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal.” 

(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Anas Radhiyallahu Anhu bahwa ia menuturkan,

 “Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam berjalan melewati kumpulan anak-anak, lalu beliau mengucapkan salam kepada mereka semua.” 

(HR. Muslim)

Saturday, 7 March 2015

Sunnah Hari Jumaat

Assalamualaikum w.b.t,


“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31)

Hari Jumaat sebagai penghulu segala hari adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Adalah wajar kaum muslimin merebut peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam. Disini terdapat beberapa perkara yang Rasulullah s.a.w buat pada hari jumaat.

#MahasiswaCintaRasul
#LetsBringShineTogether


Thursday, 5 March 2015

Fadhilat Solat Dhuha

Assalamualaikum w.b.t,


Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW


“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”


(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Wednesday, 4 March 2015

Vetsport! Play Sport and Cover your Aurah

Assalamualaikum w.b.t,


Vetsport is around the corner!

Sports and exercise activities help in boosting your physical and emotional status with its production of endorphin or ‘happy hormone’. It would be even more awesome for you to enhance your spirituality by covering your aurat while playing. smile emoticon

Yeah, it’s a choice to submit to God..
Selamat bersukan semua! 

Tuesday, 28 October 2014